background

December 6, 2012

kita HANYA insan biasa

Assalamualaikum.....

Kadang kala kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan.. Tidak kiralah sama ada kesilapan yang dianggap besar atau kecil.. Sudah menjadi lumrah manusia sering melakukan kesilapan.. Mana ada manusia yang perfect di dunia ini..Jangan katakan kita ini sudah cukup sempurna.. Sebenarnya kita banyak kelemahan diri.. Tidak kiralah kita ini alim ulamak ker?? Tokoh korporat ker?? Pemimpin ker?? Jangan sesekali katakan diri kita ini dah cukup perfect.. Hanya Allah sahaja yang tidak ada cacat celanya.. Malahan nabi dan rasul juga ada yang melakukan kesalahan.. Apatah lagi kita ini....


Kadang kala kita juga kenalah mendengar nasihat dari pada orang lain terutamanya kawan-kawan yang kita rapat.. Janganlah kita salah sangka yang kawan kita ini nak tunjuk baik.. Mungkin mereka perasan dengan kelainan dan kesilapan kita.. Seharusnya kita kenalah terima nasihat mereka dari sudut yang positif.. Jangan sesekali berfikiran prejudis dengan kawan kita itu.. Malam-malam bermuasabahlah diri.. Fikirlah baik-baik apa yang telah kita lakukan sepanjang hari.. Adakah kita banyak melakukan dosa atau menambah pahala... Ingat Allah itu Maha Melihat..



Jangan kita terlalu ego sehingga tidak dapat menerima teguran daripada orang lain.. Sesungguhnya orang yang rapat dengan kita diibaratkan cermin kepada diri kita.. Jika kita melakukan kesilapan, mereka akan cuba menegur kita supaya kita menjadi manusia yang baik dan diredhai Ilahi....


Jangan sesekali kita melenting dan memarahi orang yang rapat dengan kita... Hargailah persahabatan yang terjalin.. Jangan sesekali putus silaturrahim dengan mereka.. Ingat! Kawan yang baik ialah kawan yang boleh membimbing kita kearah kebaikan..
Kawan yang sentiasa menegur khilafan diri kita
Kawan yang sentiasa ada sama ada susah ataupun senang
Kawan yang sentiasa mendoa kebaikan diri kita
Hargailah persahabatan itu hingga ke akhir hayat..... 

1 comment:

shyham said...

Maafkn sy, nama sy shyham bin jalaludin....sy masih mencari jwpn utk satu soalan,kenapa sy x mampu maafkn diri atas semua yg b'laku,walaupun kwn2 sy menyatakan i2 bukan salah sy...tp pd sy ia salah sy,kalau sy pandai memberi kenyakian kepd sehingga jauh ke dalam lubuk ati seseowg,mungkin sy mampu bantu menyelesaikn masalah..adakah ini lumrah jgk...