background

December 6, 2012

Mengapa wanita diciptakan dari tulang rusuk?

Wanita tidak dicipta dari kepala laki-laki (Adam), supaya tidak melebihi atau mengungguli kudrat lelaki . Wanita tidak dicipta dari kaki, supaya wanita tidak dihina oleh lelaki kerana dia adalah sebahagian dari tubuhnya. Wanita tidak diciptakan dari tanah, kerana wanita memang kudratnya tidak sama dengan lelaki. Wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki, kerana memang untuk dijadikan pasangan untuk menjadi pendamping lelaki, menjadi kesenangan lelaki, memperkuat dada lelaki dan sekaligus menjadi penyeimbang hidup lelaki.

Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bagian atas. Jika Anda meluruskannya, sama ertinya anda memecahkannya. Jika Anda biarkan, dia akan tetap bengkok. Kerana itulah, anda harus selalu memberikan nasihat-nasihat kebaikan. (HR. Muslim)
Tulang iga adalah tulang yang bengkok dan letaknya sangat dekat dengan jantung hati. Fungsi tulang iga adalah memperkuat dada dan melindungi hati. Dari sini kita mendapat hikmah dan pelajaran bahwa wanita yang sudah menjadi istri, dia mempunyai 2 tugas, yaitu:

1. Membuat suami kuat dadanya.
Dada adalah lambang keberanian dan keperkasaan. Kerananya, orang yang berani akan menentang lawannya dengan menepuk dada. Dada adalah tempat berkecamuknya segala rasa, ada rasa benci dan senang, ada rasa kesal dan jengkel. Maka dada harus luas dan tidak sempit, agar boleh menjadi arena untuk menyelesaikan pertengkaran segala macam rasa. Orang yang dadanya sempit akan sulit menyelesaikan masalah. Orang yang dadanya sempit mudah berputus asa, tidak optimisme, tidak punya semangat dan mudah sakit. Itu sebabnya, Nabi Musa ketika mendapatkan perintah untuk menyampaikan kebenaran di hadapan Fir’aun dan orang-orang bodoh, beliau berdoa kepada Allah:
Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataan-ku”. (QS. Thaha: 25-28)
Seorang isteri harus menambahkan kekuatan suami, sehingga potensinya bisa bertambah dan berkembang menjadi berlipat-lipat. Seorang isteri tidak hanya sekedar memberikan dorongan, tetapi dia menjadi bahagian dari kekuatan dada suami. Jadi sesungguhnya wanita adalah dada suami.
Dada adalah kebanggaan, dan di dalam dada ada keberanian dan kekuatan dahsyat. Dada bagi wanita adalah kebanggaannya, dan menjadi kebanggaan suami.

2. Menjaga hati suami.
Hati adalah inti kehidupan. Di dalam hati ada keimanan. Di dalam hati ada kebahagiaan. Isteri seharusnya makin mempertebalkan keimanan suami. Isteri seharusnya memberikan kedamaian dan kebahagiaan suami. Isteri seharusnya menyenangkan hati suami. Isteri seharusnya menjaga hati suami agar tidak berpaling ke lain hati. Kerana orang yang sudah beristeri seharusnya hidup bahagia dan imannya semakin mantap.

Di kala Hati Dilukai

Assalamualaikum..

Subahanallah... hati ini terlalu unik. Terkadang tenang, terkadang gelisah dan terkadang kosong tidak terisi. Terkadang hati kita dilukai...bunyinya kedengaran seperti luahan kekecewaan yang terbit dari hati yang teramat...teramat dalam. Justeru bagaimana hendak menghadapi situasi ini? Yakinlah di sana ada hikmah tersembunyi walau pun hati ini sering dilukai...setiap insan menginginkan dirinya dicintai...dihargai...rasa bahagia, kerana ianya perasaan yang lahir dari lubuk hati setiap insan secara fitrah. Inilah yang dinamakan impian. Impian bagi setiap individu atau pasangan kerana impian itu juga salah satu kejadian Allah yang kita perlu tahu, sedar dan rasai.






Sedarilah..setiap impian itu Allah pasti lingkari dan rintangi dengan pelbagai ujian dan cabaran. Sahutlah cabaran untuk menempuhi ujian dan cabaran itu dengan penuh keyakinan. Yakin kerana kita memiliki syaria't TERBAIK di muka bumi. Yakin kerana kita memiliki kitab TERBAIK sebagai panduan dan rujukan. Yakin kerana Nabi dan Rasul akhir zaman yang di utuskan kepada kita adalah utusan TERBAIK. Yakin bahawa kita adalah umat TERBAIK. Justeru, mengapa kita tidak yakin untuk terus mendaki ke puncak impian? Bukankah kita memiliki impian TERBAIK di sisi Allah selaku individu Muslim.





Yakinlah..di sebalik kelukaan itu Allah telah menjanjikan kebahagiaan buat kita. Kerana Allah itu Maha Adil. Ujian dan dugaan itu adalah petunjuk semulajadi dari Allah untuk menarik kita mendekatkan diri kepada-Nya. Subahanallah...ujian dan dugaan itu terlalu manis dan indah, andai saja kita menyedari dan merasainya. Berbaik sangkalah dengan Allah...kebahagiaan sudah disediakan dan ditakdirkan Allah buat kita. Yakinlah...suatu hari nanti kita kan bertemu dengan insan yang mencuri hati kita...menyintai..menghargai..merindui kita dengan sepenuh hati. Yang pasti, dia berkongsi impian seperti kita.

Lupakan kelukaan dan ubati ia dengan menanam rasa syukur dan sabar. Syukur kerana masih ada insan yang menyayangi kita di sebalik hati yang telah dilukai. Sabar kerana Allah menjanjikan pahala yang tidak terkira dan kemenangan. Yang pasti..Allah akan sentiasa bersama dengan orang yang sabar dikala dia diuji.

kita HANYA insan biasa

Assalamualaikum.....

Kadang kala kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan.. Tidak kiralah sama ada kesilapan yang dianggap besar atau kecil.. Sudah menjadi lumrah manusia sering melakukan kesilapan.. Mana ada manusia yang perfect di dunia ini..Jangan katakan kita ini sudah cukup sempurna.. Sebenarnya kita banyak kelemahan diri.. Tidak kiralah kita ini alim ulamak ker?? Tokoh korporat ker?? Pemimpin ker?? Jangan sesekali katakan diri kita ini dah cukup perfect.. Hanya Allah sahaja yang tidak ada cacat celanya.. Malahan nabi dan rasul juga ada yang melakukan kesalahan.. Apatah lagi kita ini....


Kadang kala kita juga kenalah mendengar nasihat dari pada orang lain terutamanya kawan-kawan yang kita rapat.. Janganlah kita salah sangka yang kawan kita ini nak tunjuk baik.. Mungkin mereka perasan dengan kelainan dan kesilapan kita.. Seharusnya kita kenalah terima nasihat mereka dari sudut yang positif.. Jangan sesekali berfikiran prejudis dengan kawan kita itu.. Malam-malam bermuasabahlah diri.. Fikirlah baik-baik apa yang telah kita lakukan sepanjang hari.. Adakah kita banyak melakukan dosa atau menambah pahala... Ingat Allah itu Maha Melihat..



Jangan kita terlalu ego sehingga tidak dapat menerima teguran daripada orang lain.. Sesungguhnya orang yang rapat dengan kita diibaratkan cermin kepada diri kita.. Jika kita melakukan kesilapan, mereka akan cuba menegur kita supaya kita menjadi manusia yang baik dan diredhai Ilahi....


Jangan sesekali kita melenting dan memarahi orang yang rapat dengan kita... Hargailah persahabatan yang terjalin.. Jangan sesekali putus silaturrahim dengan mereka.. Ingat! Kawan yang baik ialah kawan yang boleh membimbing kita kearah kebaikan..
Kawan yang sentiasa menegur khilafan diri kita
Kawan yang sentiasa ada sama ada susah ataupun senang
Kawan yang sentiasa mendoa kebaikan diri kita
Hargailah persahabatan itu hingga ke akhir hayat..... 

December 4, 2012

Ego ?? shhhhhhhhh~


Assalamualaikum...

 Ya, kenapa mesti berbalah?
Berbalah untuk menang, atau memang EGO menyuruh? 
Bagi mali hanya 5% sahaja kemenangan dari perbalahan yang membawa kebaikan, selebihnya, sangat merumitkan, sangat melemaskan, dan akhirnya menjahanamkan...

Paling malu, bila lelaki mengajak wanita berbalah, lagi lagi atas isu yang sangat remeh, yang sangat ketara memalukan. Emosi setiap manusia, memang sukar dijangka. Hari ini kita melihat orang berbalah, kita menjauh dan cuba beralah. Suatu hari nanti, mungkin kita pula terlibat dalam perbalahan. Malu... 

mali pun suka juga berbalah, tetapi tanpa niat memalukan teman balah, atau menuding mencari salah. Sekadar berbalah, meningkatkan pemahaman tentang isu yang masih kabur.

Siapa menang bukan soal. Sebab kalau menang pun, ada ke orang nak belanja makan? atau nak kasi naik pangkat? hehehehehe...! 

 Okay back to the topic. So siapa yang korang rasa lagi tinggi ego nya? Mesti lah kebanyakannya lelaki betul tak? Kenapa lelaki perlu ego? Sebelum jari-jemari ni lebih panjang menekan keyboard laptop mari kita search apa yang di maksudkan dengan ego.

Ego memberi makna : persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya.

Keegoan pula bermaksud : perihal mementingkan diri sendiri.


So ego perlu ke ada pada lelaki sahaja sedangkan keegoan itu bermaksud mementingkan diri sendiri. Sebagai wanita mali rasa kita juga memerlukan ego untuk protect diri kita. Tak salah mementingkan diri sendiri betul tak? Tapi lihat pada tempat dan keadaan jugak la. Sesetengah orang mungkin berkata :

" Lelaki perlu untuk ego untuk maruah diri sendiri. Perempuan kalau ego dia tunjuk belang, besar kepala" 

Habis tu wanita tidak punya harga diri kah? Sebenarnya salah persepsi orang mengenai perempuan yang ego. Mungkin tidak ramai wanita yang tinggi egonya. Malah tak salah kalau mali kata setiap insan memang ada ego. Cuma tahap keegoannya tinggi atau rendah sahaja. mali mengakui mali memang ego dan keras kepala. Yelah,kalau benda tu kita tak buat tak kan kita nak admit kita buat betul tak?

Tak besar mana pon ego wanita ni cuma apabila seorang wanita tu ego mungkin orang akan kata " Kau ni ego tinggi kalah jantan" padahal benda yang kita ego tu untuk protect diri sendiri. Apa yang di maksudkan protect diri sendiri? Apabila orang bertanya kan nombor telefon sebagai contoh. Tak semua orang kita perlu bagi no telefon betul tak? So tak salah kan ada ego di situ? Ego ni luas. Dalam semua keadaan kita boleh ego.

Ambil contoh lain. Dalam percintaan. Kita sayang kan orang tu tapi kita tidak tunjuk, kita tak cakap pada dia bahawa kita sayang kan dia sangat. Tetapi adakah dalam percintaan kita perlu kata pada dia hari-hari "Sayang, I love you" atau "I sayangkan you sangat". Pada mulut cakap tapi tidak pada perbuatan. Ego juga tu betul tak? Better tak payah cakap tapi bukti kan pada dia yang kita sayangkan dirinya seikhlas hati.

So sekarang pada pendapat korang. Wajarkah wanita ni ego atau better lelaki sahaja yang ego?