background

November 11, 2013

Saat paling bahagia bagi suami ..

Seorang isteri bertanya kepada suaminya, “Apakah saat paling bahagia dalam hidup abang?”

Suaminya memandang muka isteri dan berkata, “Saat itu belum terjadi lagi..”
Si isteri terdiam sejenak.
Kemudian dia bertanya lagi, “Dan bila saat itu akan terjadi?”
Suaminya berkata : “Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, “Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh” di dalam rumah kita di syurga..”
Rasulullah s.a.w pernah berdoa :
“Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)
Firman Allah SWT :
“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim, ayat ke-6)
“Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya.” (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)

Perempuan suka cakap 'terbalik' , Bila lelaki dengar macam 'pelik' ..



Satu petang, Si suami yang baru pulang dari kerja, ingin memanjakan isterinya, “Jom kita keluar, malam ni kita makan di kedai je lah”. Sambut isterinya, “Eh nasi banyak lagi tu bang, gulai pun ada lagi tu. Nanti membazir, siapa pula nak menghabiskan tu”. Kalau diikutkan jawapannya itu seolah-olah membantah cadangan suaminya itu, tetapi tindakannya berlainan.

Si isteri masuk ke bilik terus menukar baju dan membelitkan tudung di kepalanya di hadapan cermin di dalam bilik tidurnya. Sambil menunggu isterinya, dia mencapai surat khabar yang dibawa daripada pejabat tadi. Suaminya faham sangat. Kalau mulut isteri membantah tetapi nampak bergegas menukar baju, maknanya dia setujulah tu.

Setiba di gerai “char kue teow” yang biasa mereka singgah, adik di gerai tu menghampiri mereka dan bertanya, “Pak Cik nak makan apa?”. Pantas suaminya menjawab, “Char kue teow”. Ditegur isterinya, “Ish Abang ni, mintalah yang lain pula, mee ke, bihun ke. Kan dulu dah makan char kue teow ni”. Suami mula naik berang, “Menyusah je fikir-fikir, Abang tengah lapar, nak makan char kue teow le, Awak nak yang lain, pesan je la”. Muncung terus mulut si isteri mendengar arahan suaminya itu dan lantas memesan bihun sop untuk dirinya.

Sedang mereka menjamu selera, isterinya memecah kesunyian dengan bertanyakan satu soalan menjerat, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Sambil kepalanya masih tunduk menyedut lelehan kuah kue teow itu, suami membalas, “Sedap”. Terus melicinkan char kue teow kegemarannya itu. Apabila isterinya melihat piring suami telah licin, dia menegur dengan nada kecewa, “Awak tu makan, bukan nak ingatkan saya”.

Tergamam suami mendengarnya terus membela diri, “Tadi tak cakap pun nak”. Sambut isterinya, “Dah cakap tadi, abang buat tak faham je”. Dibalas suaminya untuk membela dan membenarkan dirinya, “Mana Abang tahu awak nak rasa, kalau nak, pesan lagi satu”. Suara masing-masing mula meninggi. Isteri merasakan suasana romantik yang dia mula kecapi seawal suaminya mengajak makan di gerai tadi telah hancur berkecai apabila suami tidak memahami kehendaknya malam itu.

Bagi Si suami pula, asalnya tadi keluar makan di luar untuk membantu isteri merehatkan badannya supaya tidak susah-susah memasak di rumah dan dengan harapan malam nanti dapatlah hadiah istemewa daripada isterinya. Tetapi sekarang, telah bertukar menjadi medan peperangan dingin dengan isterinya di meja char kue teow pula. Mengapa perkara ini boleh terjadi?

Kebiasaan wanita, apabila mereka berkomunikasi, mereka menggunakan ungkapan yang tidak terus. Mereka menggunakan bahasa berlapik, maksud terbalik dan berpusing-pusing sebagaimana peribahasa Inggeris “beats around the bush”. Laporan ScienceDaily (Jan. 21, 2005) berjudul “Intelligence In Men And Women Is A Gray And White Matter” mengatakan binaan otak wanita yang memang telah diprogramkan memiliki lebih “white matter” yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan ‘komunikasi-bahasa-tidak terus’ ini.

Bercakap adalah asas perhubungan yang utama bagi wanita. Mereka menggunakan pendekatan ini untuk membina jambatan perhubungan dengan orang lain untuk mengelakkan konfrantasi secara terbuka, bersopan santun dan berbudi bahasa. Wanita memang suka menggunakan proses komunikasi cara ini untuk menyampaikan mesej terutama sekali kepada orang yang dia sayangi.

Bagi mereka, jika orang yang dia sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik. Sebagai contoh kalau mereka berdua sedang menaiki kereta dalam perjalanan yang jauh dan isterinya berasa lapar. Pada masa itu mereka sedang melalui deretan kedai-kedai makan. Terdapat beberapa ungkapan yang tidak terus yang wanita gunakan untuk memberitahu suami yang mereka lapar.

Mereka tidak sanggup mengungkapkan perkataan, “Abang saya lapar, berhenti di kedai makan depan itu sekarang”. Mereka akan menggunakan bahasa tidak terus seperti berikut, “Abang tak lapar ke?”. Atau, “Dulu kita pernah makan di kedai depan tu kan, sedap masakannya”. Atau, “Tomyam kedai di depan tu sedapkan Abang”. Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang kebanyakan lelaki tidak faham.

Maka suami yang romantik ialah apabila sahaja dia mendengar isyarat ini, dia telah tahu bahawa isterinya sedang lapar dan mahu makan. Tanpa bersoal jawab, dia terus sahaja membelokkan keretanya ke halaman deretan kedai makan dan mencari pakir yang dekat dengan restoren yang dia sebut tadi.

Namun kebanyakan lelaki tidak faham dengan bahasa-tidak-terus ini. Minda lelaki yang memiliki lebih sepuluh kali “grey matter” daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik ini. Kefahamannya hanya bergantung kepada apa yang diucapkan. Dia tidak pandai untuk mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Oleh itu, jika isterinya beri isyarat. “Abang tak lapar ke?”, Dia akan jawab, “Tak lapar” dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicopkan sebagai tidak romantik.

Berbalik kita kepada kisah yang mula-mula saya paparkan itu. Apabila isteri bertanyakan kepada suaminya, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Ini bermaksud, “Abang, saya nak rasa sikit char kue teow tu”. Dan sebaik-baiknya, tanpa soal jawab, suaminya itu terus menukar piring char kue teownya dengan mangkuk bihun sop isterinya.

Selepas minum separuh, suami itu juga menukarkan gelas minuman milo aisnya dengan minum isterinya. Suami yang berbuat demikian dicopkan sebagai seorang yang romantik. Dia bukan hanya dipuji kerana memahami kehendak isterinya, malah isteri juga puas kerana dapat merasai dua jenis makanan dan minuman pada malam itu dengan harga yang dibayar oleh seorang mengikut perkiraan wanita.

Berikut saya paparkan sedikit daripada ungkapan bahasa-bahasa-tidak-terus yang boleh dijadikan panduan kepada suami jika dia terdengar isterinya.

1. Bila suami mengajak isterinya pergi ke sesuatu tempat dan isterinya menjawab, “Tengoklah”. Besar kemungkinan maksudnya dia tidak mahu pergi.
2. Bila suami isteri sedang berbincang untuk membeli atau memberikan sesuatu kepada isteri, tetapi dalam perbincangan itu timbul pelbagai masalah hingga isterinya seolah-olah mengalah, “Saya tak kisah”. Sebenarnya apa yang dia maksudkan itu ialah dia kisah dan mahu juga benda itu.
3. Bila suami pulang dari kerja dan sesampai di pintu, isterinya menegur suaminya, “Abang letih eh”. Bagi suami yang tidak faham, pasti akan menjawab apa yang dia rasai seperti, “Aa, letih”. Maka kecewalah isterinya itu kerana maksud sebenar ialah dia hendak mengajak suaminya keluar masa itu juga.

Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta. Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain.

Di dalam perniagaan, cara komunikasi sebegini amat sesuai untuk membuat keputusan dan keberkesanan perundingan dengan cepat. Tetapi kalau cara ini digunakan untuk berkomunikasi dengan orang perempuan, ia dilihat sebagai kurang sopan dan tidak beradab.

Oleh itu nasihat saya kepada suami yang ingin memahami bahasa terbalik isterinya ialah,

1. Bila isterinya bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.
2. Kalau suami masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang, “Apa maksud awak tadi?”.
3. Bila suami telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh isterinya nanti. Pastinya suami ini dilebelkan sebagai lelaki yang paling romantik.
4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda isteri masih sayang kepada kita. Kebiasaannya, isteri tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan kepada orang yang dia sayangi dan teman sejenisnya

Kepada isteri pula,

1. Sebelum anda menggunakan bahasa berbahasa ini kepada suami, sila lihat dulu keadaan suami anda. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.
2. Kalau keadaan suami kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda. Kalau dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.

November 10, 2013

kadang-kadang kita selalu fikir pasal diri kita je..
tapi kita terlupa yang orang lain pun punya hati dan perasaan..


October 31, 2013

Bisik hati ..

Tatkala diri mencari..lalu hati berbisik… Mungkin bukan lagi masanya..ALLAH akan memberi bukan pada masa kita mahu, tapi ia memberi ketika kita memelukan..indah kan rancangan Sang Pencipta..apalah sangat perancangan kita berbanding perancangan dia. Ini lah yang dikatakan apabila TAKDIR mengatasi TADBIR.. Kadang2 diri mencari di manakah silapnya.YA, diri ini sering alpa dengan nikmat dunia..terlalu alpa..mencari sesuatu yang tak pasti sedangkan nikmat ilahi mecurah-curah didepan mata..bukan diri tidak mensyukuri tetapi ralat dengan permintaan hati.. Sedang diri mencari-cari lagi..ilmu ALLAH datang menjengah. Ingatlah diri ,Walau dirimu masih menyendiri, ALLAH kurniakan teman-teman dan kaum keluarga yang cukup memahami dan menyanyangimu dan sentiasa ada memenuhi ruang hidupmu dalam mejalani hari-hari”. Kini aku tersenyum puas dalam menikmati nikmat ALLAH yang tidak terperi. Tidak pernah walau sekali dia pergi menjauhi diri hambanya yang hina ini. Ku panjatkan rasa bersyukur yang teramat padamu ALLAH. Sungguh kasih dan sayang mu tiada batasan buat hamba-hambamu. Jadikan lah aku tergolong dikalangan hambamu yang senantiasa mensyukuri akan nikmatmu.. Tidak kau hilangkan sesuatu dengan menggantikan sesuatu yang lebih baik..


September 1, 2013

....

Rindu itu semakin mekar dalam hati terhadap dirimu .

March 27, 2013

Nikmat itu..

Assalamualaikum..lama sungguh rasanya tak buka blog ni.sampai naik berhabuk dah mali rasa .. *hyperbola melampau..mane de laman web berhabuk..hehe* di kala ini..waktu ini..detik ini..dan saat ini waktu sedang mengejar..walaupun satu persatu keypad mali tekan setiap saat 1 huruf namun alhamdulillah berjaya juga dapat hasilnya (-_-).. kalau kita practice selalu dan usaha lebih inshaAllah hasilnya lebih memberansangkan..
Sama jugak dalam pembelajaran .. walau macam mana slow pun kita nak catch up apa cikgu / lecturer / mualim / mualimah ajar lama kelamaan kita akan dapat jugak memahirkan diri dalam apa yg diajar..

mali  memang tak dinafikan akan timbul perasaan cemburu ,kecewa pada diri sendiri kalau mali compare result dengan mereka yang dapat result lebih baik dari mali, tetapi sedarlah wahai insan....sebaik mana pun result atau cemerlang manapun jika kita lupa dengan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini untuk beribadah kepadaNYA pun tiada guna..ilmu yang kita timba itu haruslah ada keberkatan..Mali sedar mungkin itu kelebihan yang Tuhan beri pada mereka yang sering dapat keputusan cemerlang..kadang-kadang terdetik perasaan sedih teramat..apakah mereka masih belum sedar ??? wallahu'alam...

mali ingat lagi waktu sekolah rendah , boleh katakan mali paling slow.dimana letaknya hormat mereka terhadap sahabat sendiri? haruskah merendahkan dan memalukan diri kita kepada orang lain ?tapi emak sentiasa jadi tempat mali luahkan semua itu,,tak kiralah buruk mana pun muka menangis waktu itu.. T_T .. mak selalu pesan "biarkan apa orang nak kata kak ngah , pasang niat belajar betul-betul,selalu doa pada Allah ..dan buktikan kat diorang angah bukan macam tu " ,mali bersyukur masih ade tulang belakang yang sentiasa mendorong mali dalam semua hal .. mak tak pernah putus nasihat ,masih ingat lagi waktu itu sebelum bermulanya percubaan upsr..tepat jam 4 pagi mak kejut bangun solat tahajud sama-sama dengan mak.mali perasan atas meja study mak dah siapkan 1 cawan milo,fahamlah aku mak suruh study lepas tu.. kalau tak milo pun kadang-kadang mak buatkan nescafe..nampak kesungguhan mak ingin melihat anak-anak dia berjaya.Namun keputusan upsr & psra buatkan mali menitiskan airmata ,mali dapat buat orang yang mali sayang menangis kegembiraan.2ciuman mali dapat bersama titisan air mata berharga itu.semua itu berkat daripada doa mak ayah.Semua telah diaturkan olehNYA ..Pmr masih lagi maintain tapi bila naik Spm sangatlah mendukacitakan kerana kurang memuaskan tak semestinya kita sentiasa diatas,terkadang kita akan berada dibawah juga.itu semua ujian Tuhan .DIA telah aturkan jalan hidup kita di Luh Mahfuz ..kita semua ni manusia sama sahaja..nak berjaya kena ada usaha jugak, bukan hanya berdoa dan tawakkal sahaja.masih belum memadai selagi kita kita tak amalkan DUIT..Doa .Usaha.Istiqamah.Tawakkal..

Mali pernah terbaca satu artikel berbunyi begini : " Hidup ini merupakan satu perniagaan.Perlukan perancangan,koordinasi dan kawalan yang betul.Banyak pelaburan yang perlu dilakukan.Setiap keputusan yang dibuat adalah kos melepaas.Kita perlu membuat satu pilihan dan melepaskan orang lain. Di dalam konteks kehidupan,diri kita merupakan satu perniagaan .Ibu bapa adalah pelabur di dalam perniagaan itu yang sudah melabur dengan penuh harapan supaya perniagaan itu menguntungkan.Apakah kita berusaha menjadikan diri sebagai satu perniagaan yang mnguntungkan para pelabur  atau sebaliknya? bayangkan berapa banyak yang sudah dilabur oleh ibu bapa kita .Sejak bayi lagi .Menyekolahkan sehingga kita berada di universiti.Mereka melabur dengan penuh kasih sayang dan tidak berbelah bagi. tidak menghiraukan sama ada perniagaan yang dilabur itu untung atau rugi "

NAMUN...adakah kita sedar daripada siapakah nikmat yang kita peroleh itu ???? fikirkan........................................................

January 19, 2013

MINE will be..InShaaAllah

I want a gentle touch without guilt,
a soothing voice in my ears, 
a sweet medicine of laughter,
 a soft pressure on my shoulder, 
the coolness of my eyes, 
a blessing from above, 
a pair of wings like a dove,
 I want the other half of me is that He created for you from urselves mates, 
that u may find traquillity in them and He placed between u affection and mercy indeed in that are signs for people who give thought ..

(Surah ar-Ruum : 21)



January 18, 2013

Sentuhlah Aku Dengan KasihMU


Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri "hati ini telah tersentuh dengan kasih seseorang?"
atau "pernahkah hati ini terpaut dengan kemesraan seseorang?'

Mungkin? 
Dan pernahkah kita bertanya pada diri sendiri…”adakah aku seorang yang beriman?”
Sudah semestinya jawapan kita ” Ya, aku beriman….aku beriman kepada Allah, RasulNya, Malaikat-malaikat, Kitab-kitab, Hari Qiamat dan Qada’ dan Qadar”….senang sekali kita melafazkannya.

Tetapi begitu sukar untuk kita meningkatkan iman.malah sukar juga untuk mengekalkan iman. Pasang surut bak ombak di laut.

Kadang-kadang bila terleka, terlalai dengan urusan dunia yang tidak pernah padam.
Aduh! Rasa kosong di hati.

Apa yang kurang…apa yang hilang…apa salahku hari ini?

Sesungguhnya sangat mudah untuk lalai daripada mengingatiNya. Sibuk sikit, enak sikit, seronok sikit, sayang sikit, mewah sikit, puji sikit sudah membuatkan kita hanyut, lupa seketika pada yang Maha Esa

Tapi kalau Allah uji sikit, susah sikit, pedih sikit, sengsara sikit, hilang sikit, ketika itu lah kita mula ingat kepadaNya. Begitulah kita, kerdilnya seorang hamba.



AKU PERCAYA
"Sesungguhnya jalan itu amat jelas, namun menyulusurinya aku tak betah. Sudah jauh ku berjalan, sedikit menggugat azam kerana ada kerikil tajam menikam-nikam. Telapak kakiku merintih pedih, namun ku gagahkan diri untuk terus bertahan. "

Kini aku masih berjalan, perlahan-lahan. Aku takut berlari kerana aku takut terus terhenti. Sungguh ramai orang kurasa asing, sinis pandangannya, tajam lidah tidak bertulang. Mata cuba kupejamkan, telinga cuba kupekakkan.


Sedang aku asyik berjalan hati tiba berbisik, "untuk apa terus berjalan? Lebih enak kau duduk diam". 
Sabarlah hati, enak kita bukan di sini. Enak kita berjumpa Ilahi.

Ya Tuhan...
Tetapkan kaki ini terus berjalan.
Kau sentuhlah jiwa ini dengan kasih sayangMu, dengan mabuk cintaMu
Agar aku tidak pernah puas dalam mengintai redhaMu dalam setiap langkahku

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu ini.


"Ya Allah, dengan penuh pengharapan, ku mohon agar kaki yang Kau kurniakan untukku ini hanya melangkah untuk mencari redhaMu. Halanglah Ya Allah, kaki ini melangkah dengan sombong di muka bumi milikMu ini. Jadikan kaki ini sebagai saksi untukku di akhirat kelak....."