background

April 22, 2014

FOOL Again ..

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmu agar kau bahagia 
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Kerana kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa utk melupakannya
Kerana ku masih mencintainya



January 27, 2014

Sweetnya Persahabatan itu...

Hai semua, harini malee macam terpanggil nak buat entry pasal kawan. Wah terpanggil kau tahu. haha. Tanpa buang masa, aku akan teruskan kepada agenda yang sebenar. Apa guna kawan dalam hidup kita? Pernah kita tahu sweet dalam persahabatan?

Memang tajuk standard umum, kalau buat public speaking ni mesti tak lepas kan ^_^  Tapi, benda yang umum ni lah semua orang rasa, semua orang tahu macam mana rasa berkawan ni. Berkawan memang mudah, hai awak. Lepastu kita hai balik. Then, terus consider jadi kawan. Tak gitu? Tapi, tahu ke apa fungsi diorang ni semua yang kita dah label sebagai kawan ? Memang, dengan kawan kita boleh lepaskan apa yang kita rasa. Mak ayah kita pun boleh jadi kawan kan? Kawan dunia akhirat ;')

Sekarang, pada side diri sendiri. Apalah guna kita sebagai kawan, kalau setakat meng-iya kan semua apa yang dia kata. Meng-iyakan semua perbuatan mereka kalau kita tahu ia memang salah? Apa layak kah kita di panggil kawan? For sure babe, kita nak tengok kawan kita semua bahagia. Rasulullah pun bersahabat. Rasulullah sayang sangat dengan semua sahabat-sahabat dia. Allahu, kalau kita baca kisah Rasulullah dengan sahabat. Sweetnya Ya Rabbi. ;') Korang semua boleh baca search kat google . Hihihi

Tahu tak macam mana kita nak buat persahabatan kita rasanya manis? Sweet gitu. Ohh, bukan couple je boleh sweet. Kita bersahabat pun boleh jadi sweet juga apa. Kita kena berkawan hanya kerana Allah.
Sesungguhnya apabila persahabatan kita tidak kerana Allah maka

Ibnu Katsir mengatakan, seluruh persahabatan yang tidak dilandaskan kerana Allah pada hari kiamat akan berubah menjadi permusuhan. 
Begitu juga pesan Rasulullah SAW dalam hadisnya yang menyebutkan bahawa,”Kita akan dibangkitkan di hari kiamat bersama orang yang kita cintai.”

Kawan kawan ! malee nak jumpa korang semuaaaa. Bukan setakat di dunia pinjaman ni, kita semua boleh jumpa di luar sana. Dunia abadi kita. Dunia selepas kiamat. Mesti pertemuan kita masa tu rasanya sangat sangat indah, Ya Allah tak terkata. Setiap pertemuan dan perpisahan itu semua diaturkan olehNYA.  ;')

Allah menilai semua hambanya yang berkasih sayang kerana Allah, DIA akan beri ganjaran besar pada kita semua. Sayang keluarga kerana Allah, sayang diri kerana Allah, sayang sahabat kerana Allah. Ahh semuanya kerana Allah. Lillahi Ta'ala. Setiap apa yang kita buat jika niatnya Lillahi Ta'ala. Allah janjikan ganjaran padanya. InsyaAllah ;')

Dalam hidup aku, aku memang di kelilingi dengan ramai kawan. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat, memang masing masing ada ragamnya. Terima je lah, bukankah hidup saling melengkapi? hihi. Bila aku lihat pada mereka yang tidak punya siapa, aku lihat diri aku sendiri. Ya Rabb, ramainya kawan aku, sekolah rendah,SAM, kawan kerja, kawan campus, kawan itu kawan ini. Memang betullah apa orang kata, berkawan biar beribu. Berkasih biar satu. Satu itu Allah ;')

Adatlah hidup ni ada yang terasa, tergigit termakan hati segala. Sebab kita manusia yang tak lari dari kesilapan. Kankankan? hihihi.Tolonggglaaaa .. Tapi, aku memang tak akan berhenti sebab aku punya ramai sahabat yang sayang kan aku. Ye aku tahu, Diorang semua sayang aku. Dan aku lebih sayangkan mereka semua kerana niat ku kerana Allah ;')  *menitis airmata*

Kawan kawan semua, terima kasih sebab sudi bagi title bernilai sebagai sahabat, kawan, friend, and so on pada diri ini. Bila tengok diri sendiri, rasa nya macam tak layak dapat ramai kawan yang baik hati, yang cantik, tapi itulah Allah dah aturkan semua. Indahkan? Memang tak semua pertemuan itu indah. Tapi, ingatlah bahawa ;

"Carilah sahabat sebanyak mungkin kerana tiap-tiap mukmin itu mempunyai syafaat.Maka semoga engkau dapat masuk ke dalam syafaat sahabatmu. Orang-orang beriman dan beramal soleh dapat memberi syafaat (pertolongan) kepada sahabat-sahabatnya dan membawa masuk kedalam syurga. Dikatakan juga , apabila Allah SWT. mengampunkan dosa seseorang, maka orang tersebut akan dapat memberi syafaat kepada sahabat-sahabatnya."  - Umaar Salaaf.

Emak aku pernah cakap, kita ni berkawan biar ikhlas. Kawan yang ikhlas itu akan kekal hingga ke syurga. Kawan baik yang kita sayang, yang sentiasa kita ingat, yang sentiasa di hati bukan senang nak jumpa. Apa yang kita ada sekarang ni, jaga baik-baik. Setiap pertemuan & perpisahan itu ada hikmahnya .Saat susah senang nanti, InsyaAllah dia ada untuk kita. ;)

wahai rama-ramaku semua..terima kasih atas tempoh perkenalan kita selama ni. kamu membawaku terbang dengan sayapmu yang indah.mengenal erti hidup ini , mengenal erti pengorbanan , mengenal erti persahabatan  ..awak semua memang cantik, manis manis belaka ..semoga kamu semua dapat mengembangkan lagi sayapmu yang indah dek warna-warna kehidupan ini dengan tabah...inshaAllah ^_^

Waaahhhh, panjang kan? Hihhi. Alhamdulillah, tulis benda baik. Allah bantu. Nak tahu tak, sebenarnyakan aku malu sangat nak baca post post aku yang sebelum ni yang merepek entah hape hape.dan sejujurnya ada yang copy paste .juz info je pun.. Itu pun faktor aku malas nak update. Selagi apa yang kita tulis tentang kebaikan itu di baca..

Susah ni, macam tak nak berhenti je jarinya. Baiklah, aku undur diri dulu ya Sahabats semua ;)
Maaf kalau ada yang menyinggung atau apa-apa. Ma’asalamah. Assalammualaikum.


Selamat memuhasabah diri bersama. Uhibukifillahita'ala. :*






 [ moments ]



January 20, 2014

Menumpang ..

Entahlah..bila dilihat pada kisah yang terjadi dengan peristiwa hari ini..keseronokan dan airmata bergabung mencipta cerita yang kadang-kadang boleh dijangka.

Berlari dalam lelah mencari sekeping hati untuk menumpang kasih.nyata..hati itu memang menyediakan ruang tumpangan yang hanya sekecil hama.dah nama pun menumpang.sampai masa dan ketika terpaksa diusir jua..


Usai senja dalam rajuk lena yang panjang dan kisah yang tidak pernah selesai.aku mahu terus mengusir cerita duka menjadi mimpi panjang sampai tiada lagi jaga dan terus lena. Matikan apa yang tersurat dan tersirat sebab sudah tiada daya dan aku melarat.

Bukan mengecilkan diri dan rasa hati yang besar tapi hanya membuang masa san tenaga. Wang dilaburkan dalam konteks kebodohan diri sendiri. Tergadai mencipta sekam pada kejahilan diri sendiri..


Aku terasa seperti membuang diri dalam longkang dosa yang tidak pernah disucikan..biarkan terus berkurap dan bernanah hingga akhirnya aku sendiri terbuang dalam hina...

peritnya menyinta...yang terjadi hari ini adalah kisah dan peringatan untuk esok.Terima kasih atas rasa ini..