background

December 6, 2012

Mengapa wanita diciptakan dari tulang rusuk?

Wanita tidak dicipta dari kepala laki-laki (Adam), supaya tidak melebihi atau mengungguli kudrat lelaki . Wanita tidak dicipta dari kaki, supaya wanita tidak dihina oleh lelaki kerana dia adalah sebahagian dari tubuhnya. Wanita tidak diciptakan dari tanah, kerana wanita memang kudratnya tidak sama dengan lelaki. Wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki, kerana memang untuk dijadikan pasangan untuk menjadi pendamping lelaki, menjadi kesenangan lelaki, memperkuat dada lelaki dan sekaligus menjadi penyeimbang hidup lelaki.

Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bagian atas. Jika Anda meluruskannya, sama ertinya anda memecahkannya. Jika Anda biarkan, dia akan tetap bengkok. Kerana itulah, anda harus selalu memberikan nasihat-nasihat kebaikan. (HR. Muslim)
Tulang iga adalah tulang yang bengkok dan letaknya sangat dekat dengan jantung hati. Fungsi tulang iga adalah memperkuat dada dan melindungi hati. Dari sini kita mendapat hikmah dan pelajaran bahwa wanita yang sudah menjadi istri, dia mempunyai 2 tugas, yaitu:

1. Membuat suami kuat dadanya.
Dada adalah lambang keberanian dan keperkasaan. Kerananya, orang yang berani akan menentang lawannya dengan menepuk dada. Dada adalah tempat berkecamuknya segala rasa, ada rasa benci dan senang, ada rasa kesal dan jengkel. Maka dada harus luas dan tidak sempit, agar boleh menjadi arena untuk menyelesaikan pertengkaran segala macam rasa. Orang yang dadanya sempit akan sulit menyelesaikan masalah. Orang yang dadanya sempit mudah berputus asa, tidak optimisme, tidak punya semangat dan mudah sakit. Itu sebabnya, Nabi Musa ketika mendapatkan perintah untuk menyampaikan kebenaran di hadapan Fir’aun dan orang-orang bodoh, beliau berdoa kepada Allah:
Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataan-ku”. (QS. Thaha: 25-28)
Seorang isteri harus menambahkan kekuatan suami, sehingga potensinya bisa bertambah dan berkembang menjadi berlipat-lipat. Seorang isteri tidak hanya sekedar memberikan dorongan, tetapi dia menjadi bahagian dari kekuatan dada suami. Jadi sesungguhnya wanita adalah dada suami.
Dada adalah kebanggaan, dan di dalam dada ada keberanian dan kekuatan dahsyat. Dada bagi wanita adalah kebanggaannya, dan menjadi kebanggaan suami.

2. Menjaga hati suami.
Hati adalah inti kehidupan. Di dalam hati ada keimanan. Di dalam hati ada kebahagiaan. Isteri seharusnya makin mempertebalkan keimanan suami. Isteri seharusnya memberikan kedamaian dan kebahagiaan suami. Isteri seharusnya menyenangkan hati suami. Isteri seharusnya menjaga hati suami agar tidak berpaling ke lain hati. Kerana orang yang sudah beristeri seharusnya hidup bahagia dan imannya semakin mantap.

Di kala Hati Dilukai

Assalamualaikum..

Subahanallah... hati ini terlalu unik. Terkadang tenang, terkadang gelisah dan terkadang kosong tidak terisi. Terkadang hati kita dilukai...bunyinya kedengaran seperti luahan kekecewaan yang terbit dari hati yang teramat...teramat dalam. Justeru bagaimana hendak menghadapi situasi ini? Yakinlah di sana ada hikmah tersembunyi walau pun hati ini sering dilukai...setiap insan menginginkan dirinya dicintai...dihargai...rasa bahagia, kerana ianya perasaan yang lahir dari lubuk hati setiap insan secara fitrah. Inilah yang dinamakan impian. Impian bagi setiap individu atau pasangan kerana impian itu juga salah satu kejadian Allah yang kita perlu tahu, sedar dan rasai.






Sedarilah..setiap impian itu Allah pasti lingkari dan rintangi dengan pelbagai ujian dan cabaran. Sahutlah cabaran untuk menempuhi ujian dan cabaran itu dengan penuh keyakinan. Yakin kerana kita memiliki syaria't TERBAIK di muka bumi. Yakin kerana kita memiliki kitab TERBAIK sebagai panduan dan rujukan. Yakin kerana Nabi dan Rasul akhir zaman yang di utuskan kepada kita adalah utusan TERBAIK. Yakin bahawa kita adalah umat TERBAIK. Justeru, mengapa kita tidak yakin untuk terus mendaki ke puncak impian? Bukankah kita memiliki impian TERBAIK di sisi Allah selaku individu Muslim.





Yakinlah..di sebalik kelukaan itu Allah telah menjanjikan kebahagiaan buat kita. Kerana Allah itu Maha Adil. Ujian dan dugaan itu adalah petunjuk semulajadi dari Allah untuk menarik kita mendekatkan diri kepada-Nya. Subahanallah...ujian dan dugaan itu terlalu manis dan indah, andai saja kita menyedari dan merasainya. Berbaik sangkalah dengan Allah...kebahagiaan sudah disediakan dan ditakdirkan Allah buat kita. Yakinlah...suatu hari nanti kita kan bertemu dengan insan yang mencuri hati kita...menyintai..menghargai..merindui kita dengan sepenuh hati. Yang pasti, dia berkongsi impian seperti kita.

Lupakan kelukaan dan ubati ia dengan menanam rasa syukur dan sabar. Syukur kerana masih ada insan yang menyayangi kita di sebalik hati yang telah dilukai. Sabar kerana Allah menjanjikan pahala yang tidak terkira dan kemenangan. Yang pasti..Allah akan sentiasa bersama dengan orang yang sabar dikala dia diuji.

kita HANYA insan biasa

Assalamualaikum.....

Kadang kala kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan.. Tidak kiralah sama ada kesilapan yang dianggap besar atau kecil.. Sudah menjadi lumrah manusia sering melakukan kesilapan.. Mana ada manusia yang perfect di dunia ini..Jangan katakan kita ini sudah cukup sempurna.. Sebenarnya kita banyak kelemahan diri.. Tidak kiralah kita ini alim ulamak ker?? Tokoh korporat ker?? Pemimpin ker?? Jangan sesekali katakan diri kita ini dah cukup perfect.. Hanya Allah sahaja yang tidak ada cacat celanya.. Malahan nabi dan rasul juga ada yang melakukan kesalahan.. Apatah lagi kita ini....


Kadang kala kita juga kenalah mendengar nasihat dari pada orang lain terutamanya kawan-kawan yang kita rapat.. Janganlah kita salah sangka yang kawan kita ini nak tunjuk baik.. Mungkin mereka perasan dengan kelainan dan kesilapan kita.. Seharusnya kita kenalah terima nasihat mereka dari sudut yang positif.. Jangan sesekali berfikiran prejudis dengan kawan kita itu.. Malam-malam bermuasabahlah diri.. Fikirlah baik-baik apa yang telah kita lakukan sepanjang hari.. Adakah kita banyak melakukan dosa atau menambah pahala... Ingat Allah itu Maha Melihat..



Jangan kita terlalu ego sehingga tidak dapat menerima teguran daripada orang lain.. Sesungguhnya orang yang rapat dengan kita diibaratkan cermin kepada diri kita.. Jika kita melakukan kesilapan, mereka akan cuba menegur kita supaya kita menjadi manusia yang baik dan diredhai Ilahi....


Jangan sesekali kita melenting dan memarahi orang yang rapat dengan kita... Hargailah persahabatan yang terjalin.. Jangan sesekali putus silaturrahim dengan mereka.. Ingat! Kawan yang baik ialah kawan yang boleh membimbing kita kearah kebaikan..
Kawan yang sentiasa menegur khilafan diri kita
Kawan yang sentiasa ada sama ada susah ataupun senang
Kawan yang sentiasa mendoa kebaikan diri kita
Hargailah persahabatan itu hingga ke akhir hayat..... 

December 4, 2012

Ego ?? shhhhhhhhh~


Assalamualaikum...

 Ya, kenapa mesti berbalah?
Berbalah untuk menang, atau memang EGO menyuruh? 
Bagi mali hanya 5% sahaja kemenangan dari perbalahan yang membawa kebaikan, selebihnya, sangat merumitkan, sangat melemaskan, dan akhirnya menjahanamkan...

Paling malu, bila lelaki mengajak wanita berbalah, lagi lagi atas isu yang sangat remeh, yang sangat ketara memalukan. Emosi setiap manusia, memang sukar dijangka. Hari ini kita melihat orang berbalah, kita menjauh dan cuba beralah. Suatu hari nanti, mungkin kita pula terlibat dalam perbalahan. Malu... 

mali pun suka juga berbalah, tetapi tanpa niat memalukan teman balah, atau menuding mencari salah. Sekadar berbalah, meningkatkan pemahaman tentang isu yang masih kabur.

Siapa menang bukan soal. Sebab kalau menang pun, ada ke orang nak belanja makan? atau nak kasi naik pangkat? hehehehehe...! 

 Okay back to the topic. So siapa yang korang rasa lagi tinggi ego nya? Mesti lah kebanyakannya lelaki betul tak? Kenapa lelaki perlu ego? Sebelum jari-jemari ni lebih panjang menekan keyboard laptop mari kita search apa yang di maksudkan dengan ego.

Ego memberi makna : persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya.

Keegoan pula bermaksud : perihal mementingkan diri sendiri.


So ego perlu ke ada pada lelaki sahaja sedangkan keegoan itu bermaksud mementingkan diri sendiri. Sebagai wanita mali rasa kita juga memerlukan ego untuk protect diri kita. Tak salah mementingkan diri sendiri betul tak? Tapi lihat pada tempat dan keadaan jugak la. Sesetengah orang mungkin berkata :

" Lelaki perlu untuk ego untuk maruah diri sendiri. Perempuan kalau ego dia tunjuk belang, besar kepala" 

Habis tu wanita tidak punya harga diri kah? Sebenarnya salah persepsi orang mengenai perempuan yang ego. Mungkin tidak ramai wanita yang tinggi egonya. Malah tak salah kalau mali kata setiap insan memang ada ego. Cuma tahap keegoannya tinggi atau rendah sahaja. mali mengakui mali memang ego dan keras kepala. Yelah,kalau benda tu kita tak buat tak kan kita nak admit kita buat betul tak?

Tak besar mana pon ego wanita ni cuma apabila seorang wanita tu ego mungkin orang akan kata " Kau ni ego tinggi kalah jantan" padahal benda yang kita ego tu untuk protect diri sendiri. Apa yang di maksudkan protect diri sendiri? Apabila orang bertanya kan nombor telefon sebagai contoh. Tak semua orang kita perlu bagi no telefon betul tak? So tak salah kan ada ego di situ? Ego ni luas. Dalam semua keadaan kita boleh ego.

Ambil contoh lain. Dalam percintaan. Kita sayang kan orang tu tapi kita tidak tunjuk, kita tak cakap pada dia bahawa kita sayang kan dia sangat. Tetapi adakah dalam percintaan kita perlu kata pada dia hari-hari "Sayang, I love you" atau "I sayangkan you sangat". Pada mulut cakap tapi tidak pada perbuatan. Ego juga tu betul tak? Better tak payah cakap tapi bukti kan pada dia yang kita sayangkan dirinya seikhlas hati.

So sekarang pada pendapat korang. Wajarkah wanita ni ego atau better lelaki sahaja yang ego?

November 29, 2012

Jarak Antara Kita


Assalamualaikum...
MENYAYANGI itu tidak semestinya perlu berada dalam JARAK yang DEKAT.. BELAJAR menyayangi seperti MENTARI dan REMBULAN, MENYAYANGI BUMI dengan JARAKNYA tersendiri..


♥JARAK itu BUKAN ALASAN untuk TIDAK BERKASIH SAYANG, adalah LEBIH BAIK kita MENDEKATKAN DIRI dengan Allah, Hanya ALLAH yang mampu MERAPATKAN KASIH SAYANG sesama MANUSIA..♥

JARAK yang JAUH adalah itu UJIAN CINTA, manakala JARAK yang DEKAT itu adalah UJIAN IMAN..
CINTA itu banyak kategori tapi letaklah ALLAH itu CINTA TERAGUNG DALAM HATI KITA

November 2, 2012

MampuKah Aku ???


...aku lemah tak terdaya...

...mampukah aku untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran & dugaan ini...

...selama ini aku tidak pernah memikul tanggungjawab sebesar ini...

...mamapukah aku untuk memikulnya???...

...dalam kepala macam-macam yang bermain untuk memikirkan apa harus aku lakukan...

...mampukah aku menguruskannya...

...aku perlukan semangat...

...aku perlukan sokongan...

...ya Allah bantulah aku..kuatkanlah hatiku untuk tabah menjalani dugaan yang telah kau berikan ini...

...jangan biarkan aku menjadi semakin lemah pada jalan tarbiyahMu...

...ameenn..

September 19, 2012

NO OTHERS but you are the NUMBER ONE for me



SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU , itulah ungkapan yang kita sering dengar sejak kita kecil dan sejauh mana kita sudah menghargai jasa seorang wanita yang telah menjaga dan mendidik kita dari kecil itu? Kita mungkin mengenali dirinya sejak dari kita kecil lagi, namun apakah kita sudah benar - benar memahami hatinya, benar - benar memahami kehendaknya? Kita mungkin mampu memberinya hadiah setiap tahun dan juga mungkin memberinya apa saja, namun apakah itu sudah mencukupi dengan kehendaki hatinya? Apakah kita sudah mendengar segala keluhan hatinya? Kerinduannya? Kesunyiannya? Pernahkah kita mengambil tahu semua itu? Kita sebagai anak-anak kadang-kadang tidak pernah mengambil endah tentang apa yang dikehendaki dan diperlukan oleh Ibu kita, kadang-kadang kita terlupa bahawa kini dia kesunyian dan mengharapkan kita untuk bersamanya. Namun pernahkah kita mengetahui semua itu??????? Jawapannya ada pada diri kita sebagai anak-anak.




Kita akan rasa kehilangan apabila dia sudah tiada dan pergi meninggalkan kita untuk selamanya, disaat itulah kita akan merasakan bahawa kita kehilangan seseorang yang amat kita kasihi, orang begitu memahami kita selama ini, orang yang tahu akan keperluan kita, orang yang tahu apakah yang ingin kita makan apabila kita bersamanya, kerana kini tiada lagi insan yang mengambil berat tentang kita. Kehilangan itulah yang akan memberikan keinsafan kita kepada apa yang telah kita lakukan kepadanya selama ini. 

Tapi kenapa setelah dia pergi baru kita menyedari semua itu?  Kenapa tidak semasa dia masih ada kita tidak merasakan kehilangan itu.

Mali cuba berfikir tentang sebilangan umat manusia dimuka bumi ini, yang mana mereka kerap mengabaikan ibu mereka, apa yang amat menyedihkan lagi ialah mereka sanggup menghantar ibu mereka kerumah orang tua, dengan alasan mereka tidak sanggup untuk memelihara ibu mereka, dengan berbagai alasan diberikan asal dia dapat duduk disana, pada hal seribu alasan yang diberikan itu kadangnya hanyalah satu alasan kosong, hanya kerana mereka malas untuk memelihara seorang ibu tua. Tidakkah mereka mempunyai perasaan bagaimanakah perasaan si Ibu apabila anak-anak menyisihkan dirinya terlalu jauh dari mereka, pada hal seorang ibu tidak pernah untuk mengeluh memelihara seberapa ramai pun anak-anaknya, diterima dengan tangan yang terbuka, berusaha dengan lebih gigih untuk memelihara dan membesarkan anak-anaknya, tapi apa yang terjadi, bila dirinya sudah tua, dan anak-anak sudah tidak bersamanya lagi, kesemua anak memberikan berbagai alasan untuk tidak mahu memelihara seorang ibu. 
  
Dimana kesilapan ini?!!!!!!!!

Kepada mereka yang tika ini masih mempunyai ibu, tetapi mereka menempatkannya dirumah orang tua, fikirkanlah sebaiknya, apakah perasaan anda jika satu masa anak-anak anda juga akan melakukan sepertimana yang anda lakukan pada ibu anda kini? Apa yang anda rasakan? Jawapanya ada pada diri anda untuk menjawabnya......



Mali bersyukur, biarpun tiada harta yang ditinggalkan namun terlalu cukup mali syukuri kerana dia telah melengkapkan mali dan adik beradik yang lain dengan ilmu pengetahuan yang begitu cukup, baik ilmu dunia mahu pun ilmu agama, tiada seorang pun diantara kami yang tercicir dikeduanya. Ketegasannya didalam mendidik kami semasa hayatnya adalah merupakan sesuatu yang paling istimewa buat diriku, ketegasan yang memberikan kejayaan didalam kehidupanku, dan itulah satu nikmat yang amat mali syukuri. Ketegasannya didalam mendisiplinkan mali dan yang lain adalah merupakan satu rahmat yang besar, kerana tanpa ketegasan disiplin itu mungkin kami semua akan jadi spoil,kasihnya kepada kami adalah kasih sejati yang tiada tolok bandingnya. Kasih yang diberikan adalah kasih yang paling ikhlas. Setiap tahun ibu tidak permah melupakan hari lahir kami adik beradik, biarpun ketika itu kami sudah dewasa.Marahnya bukan bermakna dia tak sayangkan kita tetapi marahnya adalah untuk mendidik kita menjadi yang terbaik untuk diri kita sendiri.


Buat mereka yang masih lagi ada orang tua, peliharalah ibu kalian sebaiknya, kasihi mereka dengan kasih yang sejati, kita tidak akan rugi bila kita hidup dan tinggal bersama mereka, namun kita akan kerugian apabila kita menyisihkan mereka, kerana setelah mereka tiada, ada sesuatu yang amat besar akan kita rasakan kehilangannya setelah mereka pergi, malah begitu juga dengan kerinduan setelah mereka tiada pastinya kerinduan itu akan sering bertandang, tapi tiada guna lagi kerana kerinduan itu hanya sesuatu yang menjadikan sebuah kesakitan kerana tiada ada lagi insan yang ingin kita ziarahi untuk kita cium pipi lembutnya dan juga kita kucupi dahinya untuk kita lepaskan kerinduan itu. Jadi semasa mereka masih ada, hulurkan kasih sayang anda kepada mereka sepenuhnya, ceriakan hidup mereka, biarkan mereka terus tersenyum riang, dan sekurangnya isikanlah kesunyian mereka dengan kedatangan kita untuk menjenguk mereka selalu, seorang ibu tidak pernah mengharapkan yang lain melainkan kasih dan kejayaan anaknya, dan adalah satu hadiah yang berharga kepada mereka dengan kehadiran anak-anak untuk menjenguk mereka selalu dan mengisikan kesunyian mereka, kerana kita tidak pernah tahu kesunyian dan kerinduan si ibu pada anda. Jadi kasihi dan sayangilah ibu anda dengan sepenuh hati........

"Love you until Jannah"





September 17, 2012

Worth Moments

Assalammualaikum wbt.

Bertemu lagi kita di alam maya! Walaupun fizikalnya kita berdua (mali dan anda yang sedang baca) tak berhadapan antara satu sama lain, tapi hakikatnya kita berdua sedang bertemu di alam imaginasi melalui pembacaan anda dalam penulisan mali ni. ^_^ Amazing kan!


Post kali ni mali nak kongsikan pengalaman mali hiking di Broga Hill atau dikenali dengan Bukit Lalang di Hulu Langat. Tempat ni semakin hari semakin famous bagi individu yang suka outdoor activities. Well kami tak terkecuali lah!


To be honest, this is the first time ever in my life hiking just to be on the top of a hill! Sebelum mulakan journey I asked myself,



"Seriously, boleh ke aku panjat bukit ni? Dah la bukan athlete, body pun tak fit mana. Kalau semput ke, tergelecek kaki ke, sape nak tolong? Tambah lagi kurus-kurus ni ada energy ke??"

Kalau tak cuba sampai bila-bila pun kita tak kan tahu yang sebenarnya kita boleh. Living skills kita kena develop sendiri kan? I wish I can be like Lara Croft Tomb Raider. Pergi la mana-mana hutan kat ceruk-ceruk  dunia ni pun, for sure boleh survive. Acrobatic skills yang sangat mantap! Tambah pulak dengan knowledge geografi yang tinggi. Pulak tu, pandai menguasai banyak bahasa! woahh.. ^_^ Okay lets get back to the topic.



Pre-journey

Tepat pukul 4.15 pagi, alarm clock phone berbunyi! Tapi malas punya pasal, tekan snooze. 10 minit lepas tu bunyi alarm kali kedua baru la selak selimut and dengan mata yang bukak tapi macam tak bukak (mata orang bangun tidur) mali berjalan menuju bilik air. Macam biasa bersihkan diri semua dan akhir sekali ambik wuduk siap-siap untuk solat subuh kat sana.Keluar je dari toilet terus mali kejutkan sahabat yang lain.

Dah siap semua urusan, pukul 5.00 pagi kami terus berangkat dari teratak en.Azman (umah sahabat mali) dua kereta sedangkan kami cuma 5 orang ahli je.

Nak dikatakan, 'mastermind' nak pergi Broga ni semuanya adik fiqa punya kerja. Padahal jalan nak pergi sana pun tak engat sangat sebnanye. Kami pun tak kisah la sebab ade kawan2 adik fiqa yang tahu jalan ke sana.

 Sepanjang journey pagi-pagi buta tu,umi dan adik fiqa yang hantar kami berlima sementara itu kedengaran ayat-ayat al-Quran & zikir yang keluar dari corong radio amat syahdu bila didengar waktu pagi buta. Sampai je depan pintu broga tu mali macam dapat agak ramai yang tak mahu lepaskan peluang melakukan aktiviti outdoor time weekend. rezeki kami la jugak kot at least takdelah rasa terpinga-pinga nak cari jalan sebab boleyh kata penuh jugak la bahagian parking kereta pagi tu, So kami follow je orang kebetulan memang diaorang ada misi yang sama macam kami untuk sampai ke puncak bukit.





The Journey - Up, up we Climb!

Dalam kegelapan pagi, kami sama-sama mulakan kembara mendaki bukit Broga pada 5.40pagi. Nak naik susah or senang? Hmm kalau first timer macam mali ni memang akan jawab susah la. Tapi still boleh. Tak jadi masalah sangat. Cumanya suasana gelap. Perlu berhati-hati mengatur setiap langkah.

Apa yang buat mali terharu, kawan-kawan sentiasa ambil berat keselamatan satu sama lain. Bila seorang penat, kami berhenti.Kemudian kami teruskan semula perjalanan. Kami sama-sama ingatkan bila ada batu atau halangan di hadapan. Semangat kerjasama dalam bersahabat tu takkan dapat dirasai sebenar-benarnya jika kita tidak melalui ujian seperti ni. Thank you semua (fiqa,kak yana,kak husniyah dan cieka) yang sentiasa sedia menghulurkan bantuan! :)


Oh! Nak jadikan cerita, ada satu peristiwa yang geli perut nak cerita ni! hehe.waktu tu kami follow je orang depan kami,sampai je simpang lorong pertama kami confius nak ikut jalan mana tapi kami teruskan je ikut orang yang ada depan kami..yang peliknya kalau naik bukit selalu akan curam ke atas tapi jalan yang kami lalu ni curam ke bawah..sampai satu tahap tibatiba 'kaum adam' yang kami ikut tadi stop & cakap :



"kenapa ikut kitorang? kitorang nak buang air la"

dapat bayangkan tak perasaan kami waktu tu..euuwww~ sabar jela.follower ktorang yang ada dibelakang dah bising dah waktu tu..



Puncak Bukit Broga

Alhamdulillah! Akhirnya sampai jugak di puncak pertama. Jam pada masa tu pukul 6.45 pagi (approximately). Walaupun penat yang menggila, rasa letih tu hilang serta-merta bila kami dapat lihat pemandangan yang cantik dari sana. Angin yang bertiup dengan sejuk dingin dan awan yang berkabus langsung menenangkan hati-hati kami.
Masa yang berlalu kami ambil peluang untuk bergambar sambil menikmati kesegaran udara di puncak bukit.And tak lupa jugak kami menikmati juadah yang dah disediakan oleh umi kesayangan fiqa..


asalnya nak preview kt makanan tu tapi kiteorang ter'interframe' sekali..^^(fiqa,mali,kak hus)


Pengalaman yang tak dapat lupa

Bila citer part nie yang paling mali suka . Nak tahu sebab apa? sebab mali rasa tu lah paling moments bila  bersama mereka. Sewaktu itu kami mencari tempat untuk solat subuh sebab mostly tempat yang sesuai untuk solat dah ada orang, jadi kami bercadang untuk qada' memandangkan keadaan yang agak kurang bersih sebab mali naik atas tu pakai sandle je.tgok kaki memang macam belacan dah..kononnye nak sambung sampai puncak yang ke3 hujan renyai-renyai seperti bagi petanda yang kami kena terpaksa batalkan keinginan tu walhal mali terdengar suara kanak-kanak dalam anggaran 12 tahun bertanya kepada abangnya: 

kid:"Along,dah hujan la"..
along:"ni bukan hujan la,ni  hujan bukit..embun pagi"

jadi kami anggap itu cuma biasa,baru gerak beberapa langkah hujan yang dianggap embun pagi tu makin lebat.memang dah risau waktu tu,mane taknya hujan dah turun tapi kami tak turun2 lagi..boleh nampak tak situasi macam mana??kalau tak nampak silalah nampakkan..so kami terpaksa amik keputusan untuk terus stay kat atas sementara menunggu hujan reda. 

kami cuba jugak untuk turun ke puncak yang pertama tadi,nak tak nak terpaksa turun jugak.rumput-rumput yang panjang bak semak samun dan lalang yang ada terpaksa kami faedahkan untuk mengurangkan hakisan kerana tanah tempat kami berpijak untuk mendaki tu sangat licin..sewaktu nak turun tu ada pulak adegan kelakar cieka buat. Kami yang ada di bahagian depan punyalah berhati-hati then bila dengar suara cieka makin lama makin dekat terus toleh belakang..Opsss! dah macam kt sunway lagoon ~ hohoooo liaw betol main gelongsor kat atas bukit time hujan ni..terbaik la cieka..

bukan senang nak dapat scene hujan atas bukit,benda dah nak jadi kan..sampaikan mp3 cieka & phone mali rosak garagara air hujan bertakung dalam beg..segala benda dalam tu dah basah..kami berlima tak payah cakapla.memang da kuyup 100% + tambah lagi masing-masing 'masuk air'...hihihi :)


exactly ni la keadaan kitorang yang secara terangnya..


inilah kami bila dah sampai bawah..teruk kan..(kak yana,cieka,mali,fiqa)





#ni je sempat ambik memandangkan keadaan kurang mengizinkan kami bergambar kt atas tu..terasa kekecewaan itu pabila tak dapat tengok sunrise !!!!!!!!!!!



even hujan but still worth .Terlalu banyak yang nak diceritakan semuanya kat sini. mali rasa cukup sekadar tu dulu ye. Thanks for reading! ^_^


*gambar tak sempat nak ambil banyak sebab tangan kotor+basah..will upload later..





September 13, 2012

Terkesan dihati



Tuhan, kau ketemukan aku dengan pelbagai jenis manusia, yang semangatnya menjulang semangatku, yang keperitannya menyentuh emosiku, yang kesungguhannya memotivasikanku, yang sindirannya membuatkan aku merasakan kebiasaan, yang egonya membuat aku berpaling, yang ketulusannya patut dihargai.

Ada kalanya, aku juga terkesan dengan kata kata orang sekeliling aku. Pabila mana, ada yang memerhati dari jauh dan memberi semangat kepadaku dengan kata kata seperti “Be a diamond, be an angel, be Nour”. Sungguh tinggi nilainya. Tenang. Tidak emosi dan matang. Betapa manusia ini menginginkan aku mendapat yang terbaik dan juga menjadi yang terbaik walau buruknya keadaan yang aku sedang hadapi atau pun lalui.

Jika dibandingkan dengan kata kata “Gembira dapat sakitkan hati kamu”. Semua di antara kita pasti dapat membezakan kestabilan emosi antara keduanya. Satu frasa yang mungkin dapat menjauhkan hati dari terus menyayangi. Walau nilai kasih sayang adalah tinggi, namun ia tidak stabil.

Terkadang hati senang terusik dan bibir melakarkan senyuman bila mana ada yang ingin mendengar dengan tenang dan membalas dengan tenang. Sepertinya kita dapat menceritakan di suatu ruang yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. “Awak cuba chat, saya baca. Xkesah.”

“Nak berjaya, kene ingat DIA.” Benarlah tu. Aku sangat setuju bila mana seseorang itu sedar bahawa jika kita menjaga ALLAH, maka ALLAH akan jaga kita. Semangatnya membuat aku terfikir betapa besarnya kesabarannya untuk mengecapi kejayaan dan semua itu dilakukan demi menyara keluarga dan aku harap semua kerja dilakukan dengan niat mendapat keredhaan-NYA.

Di suatu tempat pula, aku memerhatikan betapa manusia berusaha dan bekerja demi mendapatkan hasil bagi menyara kehidupan seharian. Yang aku nampak, di sini iaitu di kampung halamanku, dengan di sana, sangat berbeda. Duit yang dikeluarkan sememangnya hanya untuk keperluan. Pagi pagi sudah keluar memotong getah, melepaskan lembu lembu supaya mereka bertebaran mencari makanan, menjahit baju hanya dengan upah yang ku kira, setengah daripada harga di sini.

“Jangan risau, kita semua satu famili di sini”, adalah kata kata yang membuat aku rasa tenang dan tidak kesendirian. Namun, kejauhan juga membuat hati sering tertanya bagaimana keadaan dia, dia, dia, dia, dia dan mereka semua di sana. Mohon ALLAH menjaga manusia manusia yang ku kira, telah mengajarku, telah aku kecewakan , telah menjagaku, telah memberiku makan, dan tidak puas memberi semangat kepadaku.

Manusia bisa mengambil hikmah atas segalanya. Semua sapaan yang datang daripada-NYA membuatkan kita lebih dekat dengan-NYA. Bukan aku tak ingat mati, cuma sesetengah langkah berjaga jaga aku disalah tafsirkan, yang mana niatku hanya ingin mendapatkan sesuatu yang baik untuk urusan dunia dan juga akhiratku. Aku tahu aku seorang yang begini, begini, begini, maka ada sesetengah hal yang harus aku elakkan.

September 12, 2012

Sahabat Baik Itu Ada Bila Kamu Merasainya

Ramai yang sedia maklum, zaman remaja adalah zaman yang paling mempunyai liku liku kerana pada tahap ini kita dalam proses ingin mengenali dunia sebenar. Maka bermacam macam permasalahan mula timbul. Masalah yang mali kira paling mendapat tempat di fikiran setiap remaja adalah masalah cinta, masalah persahabatan dan masalah kewangan. Tiga masalah ini memang cukup sinonim dengan seorang remaja.

Tapi kali ini mali nak kupas lebih terperinci berkenaan persahabatan. Ramai yang mempunyai sahabat baik dan tak kurang jugak yang langsung tak mempunyai sahabat baik. Kadang kadang mali pelik orang yang langsung tak mempunyai sahabat baik, cekal benar dia mengharungi hidup. Sepanjang hampir 19 tahun mali hidup, bermacam jenis perangai sahabat yang mali jumpa; yang jenis kawan makan kawan, berkawan bila perlukan sesuatu, kawan yang sanggup susah payah bersama dan macam macam lagi. Tetapi yang paling banyak adalah kawan yang langsung tidak layak dipanggil kawan.

Tahu tak, sahabat juga seseorang yang sangat penting dalam hidup seseorang bilamana berada jauh dari keluarga. Sahabat jugalah yang akan bertindak sebagai adik beradik kita ; bergaduh bersama, menangis bersama, ketawa bersama sebagai menggantikan keluarga kita. Sahabat yang baik juga takkan sesekali biarkan sahabatnya menempuh kesukaran seorang diri. Tangan sentiasa akan dihulur untuk membantu, telinga akan sentiasa difokus untuk menjadi pendengar yang setia, mulut akan sentiasa bergerak untuk memberi nasihat berguna dan mata  sentiasa diperhatikan supaya bila terleka ada yang menegur.

Ada yang persoalkan kenapa tak pernah ada sahabat sejati, kenapa sering dipulaukan, kenapa orang taknak berkawan, kenapa bila sedih semua kawan kawan hilang, kenapa itu kenapa ini dan kenapa kenapa. Pernahkah anda selidik balik diri anda sendiri pernahkah anda menjadi sahabat yang TERBAIK untuk orang lain? Pernahkah anda ada disaat orang lain perlukan teman dikala kesedihan? Pernahkah anda mengembirakan orang lain disaat dia sedang menghadapi kejatuhan? Tanya diri sendiri dulu kemudian baru boleh persoalkan semua kegusaran itu.

Cuba bayangkan, anda mahu orang ada ketika anda sedih walhal ketika dia sedih anda buat buat tak nampak dan membiarkan dia bersedih seorang diri. Mak mali sendiri pernah cakap, kalau kita nak dapat sahabat sejati yang betul betul sejati, kita terlebih dahulu harus menjadi sahabat sejati untuk dirinya. "Ah, buat apa aku buat baik pada dia, dia bukan buat baik pun kat aku. Mana dia pernah kisah aku ni okey ke tak. " Ha, ini la yang menjadi masalah sekarang. Semuanya tak mahu mengalah. EGO.

Mali menulis berdasarkan pengalaman. Mali tak cakap yang amali ni sahabat yang sangat baik. Dulu mali juga pernah berada ditahap dipulaukan oleh rakan seperjuangan waktu mali menuntut di STISS. 2 minggu langsung  tak bercakap, tetapi bila masing masing sedar akan kesilapan masing masing segalanya menjadi normal dan alhamdulillah kami masih berkawan baik sehingga sekarang.

Alhamdulillah setakat ini mali masih lagi mempunyai sahabat yang sejati yang sanggup dengar mali bercerita sambil menangis di dalam rumah dia berjam jam lamanya, yang sanggup menangis bersama sama mali, dan macam macam lagi benda yang sepatutnya dilakukan oleh seorang sahabat sejati. Alhamdulillah alhamdulillah. Cuma di  tempat yang baru ni mali masih belum menemui klon sahabat sejati mali tu. Mungkin masih dalam pencarian. Ya, mali belum jumpa steady bestriend/s disini. Tak mengapa, mutiara yang berharga bukan senang nak ditemui tetapi sangat tinggi nilainya dihatiku.

Keywordnya disini, bila kita ingin mempunyai sahabat sejati kita terlebih dahulu harus menjadi sahabat yang terbaik untuk orang lain. Lupakan soal nak mengungkit selepas buat sesuatu kebaikan, lupakan niat nak orang balas budi selepas kita buat kebaikan, lupakan perangai ego dan kikisnya satu persatu dalam diri, dan bertindaklah dengan seikhlas mungkin dan paling penting jangan pernah putus untuk berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan sahabat sejati. Ya Dia tak pernah tidur. Keep praying. Insyaallah kita akan bertemu dengan apa yang kita mahu dalam dunia ini. Insyaallah kita akan puas.




September 9, 2012

MaafkanKu T_T


Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu

Ini juga ku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yang sempurna
Di bawah kolong langit ini
jalan kita masih panjang 
ku ingin kau selalu di sini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita mebuang-buang waktu
dengan kata-kata perpisahan



Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yang telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
    Cinta kita abadi selamanya

< 25 Mac >

still remember this date ? hopefully..lirik lagu tu maybe sedikit sebanyak ada kaitan..bukan sengaja nak buat macam nie tapi dah tak tau macam mane lagi nak cakap sbb awak pun dah start busy lepas nie..mungkin mesej o call saya dah xkan ade respond..tu yang awak nekad nak buat kan.saya terima bila keadaaan macamnie..siyes saya sedih sangat..kadang2 buntu..kalau dulu bermula dengan cara baik biarlah penghujungnya dengan cara yang lebih baik.........keputusan semua saya da letak atas awak.pe pun keputusan saya terima dengan REDHA..mudahan~







click here >>CINTA KITA



Erti 'CINTA,KASIH,SAYANG & HATI" selepas kahwin

Assalamualaikum..
apa yang mali nak tulis ni bukanlah daripada pengalaman sendiri tapi hanya sekadar pengkongsian..
mungkin berguna jugak untuk your future life after bina mahligai bahagia bersama jodoh anda kelak..
Insya'allah DIA telah tetap yang terbaik untuk kalian~

C- Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tidak melanggar batas agama
I-  Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum bernikah)
N- Nikah didahulukan sebagai pembuka gerbang kebahagiaan
T- Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang sesama.
A- Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.
K- Kasih berputik dikala pertunangan diikat dan akan menjadi halal.
A- Akad dilafaz cinta berbunga
S- Suami disanjung tinggi dan dikasihi
 I-  Isteri disayangi dan dimanjai
H- Harumlah kasih sepanjang zaman

S- Sayangkan isteri kasihkan suami selalu
A- Ada masalah, dibincangkan bersama dengan penuh romantis
Y- Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A- Amalkan hidup bertoleransi dan berkasih sayang
N- Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama dalam perhubungan.
G- Gaduh sesekali tu perkara biasa. Namun sekali kala, sebelah pihak perlu mengalah untuk kebaikan bersama.
H- Hati suami mesti dijaga
A- Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T- Tanggung-jawab dipikul bersama
 I-  Isteri tak makan hati, suami pun tak cari ganti

*Insyallah, moga maksud yang diterangkan dapat memandu isteri dan suami dalam melayari bahtera keindahan dalam perkahwinan dan berkekalan sehingga ke akhir hayat!

ma'Assalamah wal hidayah~



HAPPY EID 2012

kedengaran takbir menyinsing di keheningan malam selepas berbuka puasa bersama untuk yang terakhir kalinya..Ya Allah..Ramadhan dah pergi meninggalkan kita.rindu saat itu..

tapi bila sebut je raye..hmmm,budak-budak la paling suka sebab dapat kutip duit raya..dulu pun mali pun macam tu jugak.skrg dah bawak turun kat adik-adik2 pulak..
tapi part kelakar raya tahun nie bila adik mali sanggup keluar beraya ramai-ramai dengan kawan dia naik basikal semata-mata nak challenge ngan mali sedangkan mali raya tahun nie tak pegy mane2 pon boleh dapat duit lebih dari dia..kesiannye adikku..apelah naseb kau ye...

along,asyraf,sara,mali,nurul..

mak and ayah tercinta..

haaa.tak lupa jugak budak kecik ni yang lasak gila..

...BERAYA WIF 'THEM'...

beraya rumah ros..(bukit bangkong,sg pelek.sepang)

lepas penat kat Morib GoldCoast..

fatin,eyken,mali,mira & hanida

140kmj/h



September 8, 2012

:: JAVA oh JAVA ::

nak cerita sikit bila dah masuk semester baru nie..rasa tertekan plak ngan subject sem ni..
nak kata susah tu xdelah susah sangat sebenarnye maybe sebab mali yang kurang struggle kot kalau nak compare ngan semester sebelum nie..btw tiba-tiba pulak ada 1 subject ni yang payah sikit nak paham bila compile by my brain.maunye pecah dok invoke itu ini,mutator la..parameter la..macam 2 la..padahal lecturer ajar punya semangat kat depan tapi mali still blurr nak pahamkan sampai berkerut 1000 line kt setiap urat muka nie..haishh...engat lagi mase ktorang blur2 lagi nak wat programme ni,berterabuh file2..pdahal madam da ckp "You must do 5 file in 1 folder!!" tyme tu rasenye mali da terlajak buat 2 file in 3 folder. habislah kalau tyme tu madam check mali pnye..alhamdulillah coz end up berjaya jugak siapkan..just nak kongsi past programme did i successed debug..happy sangat ..syukran to all my friends and my lovely lecturer ^^ ~  


public abstract class GeometricObject {
   
    private String color = "white";
    
   
    protected  GeometricObject () {
    }
   
    protected GeometricObject (String color){
    this.color = color;
    }
   
    public String getColor (){
    return color;
    }
   
    public void setColor (String color){
    this.color=color ;
    }
   
    public abstract double getArea ();
    public abstract double getPerimeter ();
   
} 

import java.util.Scanner;

public class Circle extends GeometricObject {
    
     private double radius;
    
public Circle (){
}
public Circle (double newradius){
     radius = newradius;
}
public Circle (double radius,String color){
     super (color);
     this.radius = radius;
}
public double getRadius (){
     return radius;
}
public void setRadius (double radius){
     this.radius = radius;
}
public double getArea (){
     return radius * radius * 3.142;
}
public double getPerimeter (){
     return 2 * radius * 3.142;
}
public String toString (){
     return "(Circle).radius = "+radius;
}
public String howToPrint(){
    return "using glossy paper";
   }
}

public class Rectangle extends GeometricObject {
       
     private double width;
     private double height;
  
     public Rectangle (){
     }
 
     public Rectangle(double width,double height){
         this.width=width;
         this.height=height;
     }
 
     public Rectangle (double width,double height, String color){
          super(color);
          this.width = width;
          this.height = height;
     }
     public double geWidth (){
          return width;
}
public void setWidth (double width){
          this.width = width;
     }
public double getHeight (){
          return height;
}
public void setHeight (double height){
          this.height = height;
     }
 
public double getArea (){
          return width * height;
     }
  
     public double getPerimeter (){
          return width+width+height+height;
     }

 
  public String toString (){
     return "[Rectangle].width = "+width+"and (Rectangle).height="+height;
  }
    
 public String howToPrint(){
    return "using A4 paper";
  }
}


public class TestCircleRectangle {
       
    public static void main (String[]args){
    Circle lisaCircle = new Circle (1.0);
 
    System.out.println("A Circle" +lisaCircle.toString ());
    System.out.println("The color is" +lisaCircle.getColor ());
    System.out.println("The radius is"+lisaCircle.getArea());
    System.out.println("The perimeter is" +lisaCircle.getPerimeter ());
    System.out.println(lisaCircle.howToPrint ());
   
        Rectangle lisaRectangle = new Rectangle (7.0,55.0);
   
    System.out.println("\nA rectangle" +lisaRectangle.toString ());
    System.out.println("The area is" +lisaRectangle.getArea ());
    System.out.println("The perimeter is"+lisaRectangle.getPerimeter());
    System.out.println(lisaRectangle.howToPrint ());
   }
}



public interface Printable {
    
     public abstract String howToPrint ();
   }