background

December 4, 2012

Ego ?? shhhhhhhhh~


Assalamualaikum...

 Ya, kenapa mesti berbalah?
Berbalah untuk menang, atau memang EGO menyuruh? 
Bagi mali hanya 5% sahaja kemenangan dari perbalahan yang membawa kebaikan, selebihnya, sangat merumitkan, sangat melemaskan, dan akhirnya menjahanamkan...

Paling malu, bila lelaki mengajak wanita berbalah, lagi lagi atas isu yang sangat remeh, yang sangat ketara memalukan. Emosi setiap manusia, memang sukar dijangka. Hari ini kita melihat orang berbalah, kita menjauh dan cuba beralah. Suatu hari nanti, mungkin kita pula terlibat dalam perbalahan. Malu... 

mali pun suka juga berbalah, tetapi tanpa niat memalukan teman balah, atau menuding mencari salah. Sekadar berbalah, meningkatkan pemahaman tentang isu yang masih kabur.

Siapa menang bukan soal. Sebab kalau menang pun, ada ke orang nak belanja makan? atau nak kasi naik pangkat? hehehehehe...! 

 Okay back to the topic. So siapa yang korang rasa lagi tinggi ego nya? Mesti lah kebanyakannya lelaki betul tak? Kenapa lelaki perlu ego? Sebelum jari-jemari ni lebih panjang menekan keyboard laptop mari kita search apa yang di maksudkan dengan ego.

Ego memberi makna : persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya.

Keegoan pula bermaksud : perihal mementingkan diri sendiri.


So ego perlu ke ada pada lelaki sahaja sedangkan keegoan itu bermaksud mementingkan diri sendiri. Sebagai wanita mali rasa kita juga memerlukan ego untuk protect diri kita. Tak salah mementingkan diri sendiri betul tak? Tapi lihat pada tempat dan keadaan jugak la. Sesetengah orang mungkin berkata :

" Lelaki perlu untuk ego untuk maruah diri sendiri. Perempuan kalau ego dia tunjuk belang, besar kepala" 

Habis tu wanita tidak punya harga diri kah? Sebenarnya salah persepsi orang mengenai perempuan yang ego. Mungkin tidak ramai wanita yang tinggi egonya. Malah tak salah kalau mali kata setiap insan memang ada ego. Cuma tahap keegoannya tinggi atau rendah sahaja. mali mengakui mali memang ego dan keras kepala. Yelah,kalau benda tu kita tak buat tak kan kita nak admit kita buat betul tak?

Tak besar mana pon ego wanita ni cuma apabila seorang wanita tu ego mungkin orang akan kata " Kau ni ego tinggi kalah jantan" padahal benda yang kita ego tu untuk protect diri sendiri. Apa yang di maksudkan protect diri sendiri? Apabila orang bertanya kan nombor telefon sebagai contoh. Tak semua orang kita perlu bagi no telefon betul tak? So tak salah kan ada ego di situ? Ego ni luas. Dalam semua keadaan kita boleh ego.

Ambil contoh lain. Dalam percintaan. Kita sayang kan orang tu tapi kita tidak tunjuk, kita tak cakap pada dia bahawa kita sayang kan dia sangat. Tetapi adakah dalam percintaan kita perlu kata pada dia hari-hari "Sayang, I love you" atau "I sayangkan you sangat". Pada mulut cakap tapi tidak pada perbuatan. Ego juga tu betul tak? Better tak payah cakap tapi bukti kan pada dia yang kita sayangkan dirinya seikhlas hati.

So sekarang pada pendapat korang. Wajarkah wanita ni ego atau better lelaki sahaja yang ego?

No comments: