background

September 13, 2012

Terkesan dihati



Tuhan, kau ketemukan aku dengan pelbagai jenis manusia, yang semangatnya menjulang semangatku, yang keperitannya menyentuh emosiku, yang kesungguhannya memotivasikanku, yang sindirannya membuatkan aku merasakan kebiasaan, yang egonya membuat aku berpaling, yang ketulusannya patut dihargai.

Ada kalanya, aku juga terkesan dengan kata kata orang sekeliling aku. Pabila mana, ada yang memerhati dari jauh dan memberi semangat kepadaku dengan kata kata seperti “Be a diamond, be an angel, be Nour”. Sungguh tinggi nilainya. Tenang. Tidak emosi dan matang. Betapa manusia ini menginginkan aku mendapat yang terbaik dan juga menjadi yang terbaik walau buruknya keadaan yang aku sedang hadapi atau pun lalui.

Jika dibandingkan dengan kata kata “Gembira dapat sakitkan hati kamu”. Semua di antara kita pasti dapat membezakan kestabilan emosi antara keduanya. Satu frasa yang mungkin dapat menjauhkan hati dari terus menyayangi. Walau nilai kasih sayang adalah tinggi, namun ia tidak stabil.

Terkadang hati senang terusik dan bibir melakarkan senyuman bila mana ada yang ingin mendengar dengan tenang dan membalas dengan tenang. Sepertinya kita dapat menceritakan di suatu ruang yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. “Awak cuba chat, saya baca. Xkesah.”

“Nak berjaya, kene ingat DIA.” Benarlah tu. Aku sangat setuju bila mana seseorang itu sedar bahawa jika kita menjaga ALLAH, maka ALLAH akan jaga kita. Semangatnya membuat aku terfikir betapa besarnya kesabarannya untuk mengecapi kejayaan dan semua itu dilakukan demi menyara keluarga dan aku harap semua kerja dilakukan dengan niat mendapat keredhaan-NYA.

Di suatu tempat pula, aku memerhatikan betapa manusia berusaha dan bekerja demi mendapatkan hasil bagi menyara kehidupan seharian. Yang aku nampak, di sini iaitu di kampung halamanku, dengan di sana, sangat berbeda. Duit yang dikeluarkan sememangnya hanya untuk keperluan. Pagi pagi sudah keluar memotong getah, melepaskan lembu lembu supaya mereka bertebaran mencari makanan, menjahit baju hanya dengan upah yang ku kira, setengah daripada harga di sini.

“Jangan risau, kita semua satu famili di sini”, adalah kata kata yang membuat aku rasa tenang dan tidak kesendirian. Namun, kejauhan juga membuat hati sering tertanya bagaimana keadaan dia, dia, dia, dia, dia dan mereka semua di sana. Mohon ALLAH menjaga manusia manusia yang ku kira, telah mengajarku, telah aku kecewakan , telah menjagaku, telah memberiku makan, dan tidak puas memberi semangat kepadaku.

Manusia bisa mengambil hikmah atas segalanya. Semua sapaan yang datang daripada-NYA membuatkan kita lebih dekat dengan-NYA. Bukan aku tak ingat mati, cuma sesetengah langkah berjaga jaga aku disalah tafsirkan, yang mana niatku hanya ingin mendapatkan sesuatu yang baik untuk urusan dunia dan juga akhiratku. Aku tahu aku seorang yang begini, begini, begini, maka ada sesetengah hal yang harus aku elakkan.

No comments: