atau "pernahkah hati ini terpaut dengan kemesraan seseorang?'
Dan pernahkah kita bertanya pada diri sendiri…”adakah aku seorang yang beriman?”Mungkin?
Sudah semestinya jawapan kita ” Ya, aku beriman….aku beriman kepada Allah, RasulNya, Malaikat-malaikat, Kitab-kitab, Hari Qiamat dan Qada’ dan Qadar”….senang sekali kita melafazkannya.
Tetapi begitu sukar untuk kita meningkatkan iman.malah sukar juga untuk mengekalkan iman. Pasang surut bak ombak di laut.
Kadang-kadang bila terleka, terlalai dengan urusan dunia yang tidak pernah padam.
Aduh! Rasa kosong di hati.
Apa yang kurang…apa yang hilang…apa salahku hari ini?
Sesungguhnya sangat mudah untuk lalai daripada mengingatiNya. Sibuk sikit, enak sikit, seronok sikit, sayang sikit, mewah sikit, puji sikit sudah membuatkan kita hanyut, lupa seketika pada yang Maha Esa
Tapi kalau Allah uji sikit, susah sikit, pedih sikit, sengsara sikit, hilang sikit, ketika itu lah kita mula ingat kepadaNya. Begitulah kita, kerdilnya seorang hamba.
AKU PERCAYA
"Sesungguhnya jalan itu amat jelas, namun menyulusurinya aku tak betah. Sudah jauh ku berjalan, sedikit menggugat azam kerana ada kerikil tajam menikam-nikam. Telapak kakiku merintih pedih, namun ku gagahkan diri untuk terus bertahan. "
Kini aku masih berjalan, perlahan-lahan. Aku takut berlari kerana aku takut terus terhenti. Sungguh ramai orang kurasa asing, sinis pandangannya, tajam lidah tidak bertulang. Mata cuba kupejamkan, telinga cuba kupekakkan.
Sedang aku asyik berjalan hati tiba berbisik, "untuk apa terus berjalan? Lebih enak kau duduk diam".
Sabarlah hati, enak kita bukan di sini. Enak kita berjumpa Ilahi.
Ya Tuhan...
Tetapkan kaki ini terus berjalan.
Kau sentuhlah jiwa ini dengan kasih sayangMu, dengan mabuk cintaMu
Agar aku tidak pernah puas dalam mengintai redhaMu dalam setiap langkahku
Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan
Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu ini.
"Ya Allah, dengan penuh pengharapan, ku mohon agar kaki yang Kau kurniakan untukku ini hanya melangkah untuk mencari redhaMu. Halanglah Ya Allah, kaki ini melangkah dengan sombong di muka bumi milikMu ini. Jadikan kaki ini sebagai saksi untukku di akhirat kelak....."
No comments:
Post a Comment