background

September 12, 2012

Sahabat Baik Itu Ada Bila Kamu Merasainya

Ramai yang sedia maklum, zaman remaja adalah zaman yang paling mempunyai liku liku kerana pada tahap ini kita dalam proses ingin mengenali dunia sebenar. Maka bermacam macam permasalahan mula timbul. Masalah yang mali kira paling mendapat tempat di fikiran setiap remaja adalah masalah cinta, masalah persahabatan dan masalah kewangan. Tiga masalah ini memang cukup sinonim dengan seorang remaja.

Tapi kali ini mali nak kupas lebih terperinci berkenaan persahabatan. Ramai yang mempunyai sahabat baik dan tak kurang jugak yang langsung tak mempunyai sahabat baik. Kadang kadang mali pelik orang yang langsung tak mempunyai sahabat baik, cekal benar dia mengharungi hidup. Sepanjang hampir 19 tahun mali hidup, bermacam jenis perangai sahabat yang mali jumpa; yang jenis kawan makan kawan, berkawan bila perlukan sesuatu, kawan yang sanggup susah payah bersama dan macam macam lagi. Tetapi yang paling banyak adalah kawan yang langsung tidak layak dipanggil kawan.

Tahu tak, sahabat juga seseorang yang sangat penting dalam hidup seseorang bilamana berada jauh dari keluarga. Sahabat jugalah yang akan bertindak sebagai adik beradik kita ; bergaduh bersama, menangis bersama, ketawa bersama sebagai menggantikan keluarga kita. Sahabat yang baik juga takkan sesekali biarkan sahabatnya menempuh kesukaran seorang diri. Tangan sentiasa akan dihulur untuk membantu, telinga akan sentiasa difokus untuk menjadi pendengar yang setia, mulut akan sentiasa bergerak untuk memberi nasihat berguna dan mata  sentiasa diperhatikan supaya bila terleka ada yang menegur.

Ada yang persoalkan kenapa tak pernah ada sahabat sejati, kenapa sering dipulaukan, kenapa orang taknak berkawan, kenapa bila sedih semua kawan kawan hilang, kenapa itu kenapa ini dan kenapa kenapa. Pernahkah anda selidik balik diri anda sendiri pernahkah anda menjadi sahabat yang TERBAIK untuk orang lain? Pernahkah anda ada disaat orang lain perlukan teman dikala kesedihan? Pernahkah anda mengembirakan orang lain disaat dia sedang menghadapi kejatuhan? Tanya diri sendiri dulu kemudian baru boleh persoalkan semua kegusaran itu.

Cuba bayangkan, anda mahu orang ada ketika anda sedih walhal ketika dia sedih anda buat buat tak nampak dan membiarkan dia bersedih seorang diri. Mak mali sendiri pernah cakap, kalau kita nak dapat sahabat sejati yang betul betul sejati, kita terlebih dahulu harus menjadi sahabat sejati untuk dirinya. "Ah, buat apa aku buat baik pada dia, dia bukan buat baik pun kat aku. Mana dia pernah kisah aku ni okey ke tak. " Ha, ini la yang menjadi masalah sekarang. Semuanya tak mahu mengalah. EGO.

Mali menulis berdasarkan pengalaman. Mali tak cakap yang amali ni sahabat yang sangat baik. Dulu mali juga pernah berada ditahap dipulaukan oleh rakan seperjuangan waktu mali menuntut di STISS. 2 minggu langsung  tak bercakap, tetapi bila masing masing sedar akan kesilapan masing masing segalanya menjadi normal dan alhamdulillah kami masih berkawan baik sehingga sekarang.

Alhamdulillah setakat ini mali masih lagi mempunyai sahabat yang sejati yang sanggup dengar mali bercerita sambil menangis di dalam rumah dia berjam jam lamanya, yang sanggup menangis bersama sama mali, dan macam macam lagi benda yang sepatutnya dilakukan oleh seorang sahabat sejati. Alhamdulillah alhamdulillah. Cuma di  tempat yang baru ni mali masih belum menemui klon sahabat sejati mali tu. Mungkin masih dalam pencarian. Ya, mali belum jumpa steady bestriend/s disini. Tak mengapa, mutiara yang berharga bukan senang nak ditemui tetapi sangat tinggi nilainya dihatiku.

Keywordnya disini, bila kita ingin mempunyai sahabat sejati kita terlebih dahulu harus menjadi sahabat yang terbaik untuk orang lain. Lupakan soal nak mengungkit selepas buat sesuatu kebaikan, lupakan niat nak orang balas budi selepas kita buat kebaikan, lupakan perangai ego dan kikisnya satu persatu dalam diri, dan bertindaklah dengan seikhlas mungkin dan paling penting jangan pernah putus untuk berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan sahabat sejati. Ya Dia tak pernah tidur. Keep praying. Insyaallah kita akan bertemu dengan apa yang kita mahu dalam dunia ini. Insyaallah kita akan puas.




No comments: