Wanita tidak dicipta dari kepala laki-laki (Adam), supaya tidak melebihi atau mengungguli kudrat lelaki .
Wanita tidak dicipta dari kaki, supaya wanita tidak dihina oleh lelaki kerana dia adalah sebahagian dari tubuhnya.
Wanita tidak diciptakan dari tanah, kerana wanita memang kudratnya tidak sama dengan lelaki.
Wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki,
kerana memang untuk dijadikan pasangan untuk menjadi pendamping
lelaki, menjadi kesenangan lelaki, memperkuat dada lelaki dan
sekaligus menjadi penyeimbang hidup lelaki.
Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Dan
tulang rusuk yang paling bengkok adalah bagian atas. Jika Anda
meluruskannya, sama ertinya anda memecahkannya. Jika Anda biarkan, dia
akan tetap bengkok. Kerana itulah, anda harus selalu memberikan
nasihat-nasihat kebaikan. (HR. Muslim)
Tulang iga
adalah tulang yang bengkok dan letaknya sangat dekat dengan jantung
hati. Fungsi tulang iga adalah memperkuat dada dan melindungi hati. Dari
sini kita mendapat hikmah dan pelajaran bahwa
wanita yang sudah menjadi istri, dia mempunyai 2 tugas, yaitu:
1. Membuat suami kuat dadanya.
Dada
adalah lambang keberanian dan keperkasaan. Kerananya, orang yang berani
akan menentang lawannya dengan menepuk dada. Dada adalah tempat
berkecamuknya segala rasa, ada rasa benci dan senang, ada rasa kesal dan
jengkel. Maka dada harus luas dan tidak sempit, agar boleh menjadi arena
untuk menyelesaikan pertengkaran segala macam rasa. Orang yang dadanya
sempit akan sulit menyelesaikan masalah. Orang yang dadanya sempit
mudah berputus asa, tidak optimisme, tidak punya semangat dan
mudah sakit. Itu sebabnya, Nabi Musa ketika mendapatkan perintah untuk
menyampaikan kebenaran di hadapan Fir’aun dan orang-orang bodoh, beliau
berdoa kepada Allah:
Berkata Musa: “Ya Tuhanku,
lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan
lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataan-ku”.
(QS. Thaha: 25-28)
Seorang isteri harus menambahkan
kekuatan suami, sehingga potensinya bisa bertambah dan berkembang
menjadi berlipat-lipat. Seorang isteri tidak hanya sekedar memberikan
dorongan, tetapi dia menjadi bahagian dari kekuatan dada suami. Jadi
sesungguhnya wanita adalah dada suami.
Dada adalah kebanggaan, dan
di dalam dada ada keberanian dan kekuatan dahsyat. Dada bagi wanita
adalah kebanggaannya, dan menjadi kebanggaan suami.
2. Menjaga hati suami.
Hati
adalah inti kehidupan. Di dalam hati ada keimanan. Di dalam hati ada
kebahagiaan. Isteri seharusnya makin mempertebalkan keimanan suami. Isteri
seharusnya memberikan kedamaian dan kebahagiaan suami. Isteri seharusnya
menyenangkan hati suami. Isteri seharusnya menjaga hati suami agar tidak
berpaling ke lain hati. Kerana orang yang sudah beristeri
seharusnya hidup bahagia dan imannya semakin mantap.